CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, July 24, 2009

Bumi Dan Matahari

Cinta
Kau ku ibaratkan matahari
Ada kalanya kau nampakkan dirimu
Ttpi adakalanya kau bersembunyi…
Biarpun dibalik awan yang indah
Biarpun dibalik gunung yang menghijau
Ataupun dimana-mana sahaja
Kau pasti mendamaikan jiwaku
Saat kau terbit disebalik gunung
Dgn sinar jinggamu yang begitu suahdu
Dan juga saat kau menyuluh cahayamu
Mendamaikan alam saat kau tergelincir dihujung lautan
Dan dikala malam yang syahdu
Kau tetap setia menerangi aku
Walaupun cahayamu ku titip melalui rembulan yg indah
Dan kerdipan bintang yg bertaburan menghiasi kelam malam
Mendamaikan…sungguhpun kau entah dimana…
Matahariku…
Jelas pada pandanganku
Walaupun kau membisu
Namum aku tahu kau sayang padaku…
Lihatlah pertalian yang seni antara kau dan aku…
Kau setia menerangiku
Dan aku setia menanti cahayamu…
Dan ia akan terus begitu
Hingga akhir waktu..

0 comments: